Penderaan fizikal | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | T74.1 |
ICD-9 | 995.81 |
Penafian perubatan |
Penderaan fizikal merupakan sebarang perbuatan sengaja menyebabkan kecederaan atau trauma kepada orang lain atau haiwan dengan cara perhubungan badan. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak ialah mangsa penderaan fizikal, tetapi orang dewasa juga boleh menjadi mangsa, seperti dalam kes keganasan rumah tangga atau pencerobohan tempat kerja. Istilah alternatif yang kadangkala digunakan termasuk serangan fizikal atau keganasan fizikal, dan mungkin juga termasuk penderaan seksual. Penderaan fizikal mungkin melibatkan lebih daripada satu penderita, dan lebih daripada satu mangsa.